Sunday, January 25, 2015

KEJOHANAN BOLA BALING PERINGKAT DAERAH BERA 2015

      Pada 21 dan 22 Januari yang lalu, telah berlangsungnya kejohanan bola baling peringkat daerah Bera. kejohanan ini telah berlangsung di gelanggang futsal MDB di Bandar Bera.
Admin berasa amat gembira dan berpuas hati kerana pasukan SK Tementi telah berjaya menjadi naib johan bagi kategori lelaki dan johan bagi kategori perempuan  .

  

ACARA MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2015

Antara gambar yang sempat admin snap sepanjang acara tersebut berlangsung. Admin ucapkan tahniah kepada semua yang telah memenangi acara ini.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH BAGI SESI 2015

         bermula 12 Januari 2015, bermulalah sesi pembelajaran bagi tahun 2015.... sesi persekolahan terpaksa ditunda dari 5 Januari kepada 12 Januari atas sebab banjir besar yang melanda negara. Banyak kawasan dan sekolah yang terjejas teruk akibat bencana banjir. tidak kurang juga kerosakan yang disebabkan oleh bencana ini.
         Pada tahun ini , banyak perubahan yang berlaku, terutamanya pertambahan guru baru yang dipindahkan. semoga mereka dapat meningkatkan lagi prestasi sekolah ini bersama -sama guru sedia ada.
        Oleh itu, admin mendoakan semoga sesi persekolahan bagi tahun ini akan berjalan dengan lancar dan jayanya.