Tuesday, November 11, 2014

perkhemahan unit beruniform tahun 6 2014

         


             Pada minggu lepas iaitu pada 4 November hingga 6 November 2014, perkhemahan tahun 6 telah dilaksanakan. Pelbagai aktiviti yang menarik telahpun dijalankan. seramai 30 orang murid telah melibatkan diri secara aktif. Guru- guru juga tidak melepaskan peluang untuk melibatkan diri sebagai fasilitator perkhemahan ini.
            Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti, kem solat, kims games, latihan dalam kumpulan, night walk, kem motivasi, malam kebudayaan dan khidmat masyarakat.
            Namun perkhemahan ini tidak sama seperti perkhemahan yang admin pernah sertai semasa zaman persekolahan dulu. Dulu, rasanya lebih mencabar dengan pelbagai aktiviti lasak. kalau dulu, admin masih ingat, setiap kumpulan perlu masak sendiri makanan untuk makan mengikut bahan yang diberikan. maka terhasillah pelbagai jenis makanan daripada sedap hinggalah yang sebaliknnya. tapi sekarang, makanan peserta hanya tempah sahaja. menu yang sama untuk setiap peserta.
            Mungkin kerana murid sekarang tidak berapa pandai berdikari. Admin harap, tahun hadapan dapatlah hidupkan semula suasana perkhemahan yang sebenar agar dapat mengajar murid lebih berdikari.

No comments:

Post a Comment